Followers

U Click Me...I Click U Back

Tuesday, January 1, 2013

Drama Cinta Qaseh di Slot Lestary TV3

Wahhh..dah ada drama baru yang bestla menggantikan siri Cinta Cinderela sebelum nih..baru layan tadi..

Pelakonnya pun best2 sebab aku suka giler dengan Wawa Zainal (Qaseh)..berpasangan dengan Adi Putra dan Shah Jaszle pun ada..

Korang layan tak?

Drama ni akan ditayangkan setiap Selasa jam 9 malam di Slot Lestary di TV3..

SIPNOPSIS

Mengisahkan tentang perjuangan cinta tiga segi diantara Arash, Qaseh dan Wahyu. Arash dan Qaseh bertemu di Taj Mahal ketika masing-masing masih bergelar pelajar dan terpaksa berpisah sebelum sempat meluahkan perasaan. Setahun kemudian, Arash telah terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke hospital. Sekali lagi, takdir telah menemukan mereka berdua. Kali ini Arash sebagai pesakit yang sedang koma dan Qaseh sebagai doktor pelatih. Qaseh yang pada waktu itu telah bertunang dengan Wahyu mula terkenang akan perasaannya terhadap Arash. Namun sebagai doktor, Qaseh tahu dia perlu bersikap profesional. Sejurus selepas lafaz nikah di antara Wahyu dan Qaseh diakadkan, Arash mula sedar dari koma. Di hospital, Arash dan Qaseh mula rapat dan keakraban mereka dapat dihidu oleh suami Qaseh iaitu Wahyu. Disinilah bermulanya pergolakan cinta tiga segi diantara mereka yang membawa mereka semula ke Taj Mahal, Agra India.

4 comments:

juelee said... Reply Comment

Tgk gak td tp terlepas 30 min tgk terlanjur cinta tv9... best sbb suka heroin tu, lawa!

LYAfrina said... Reply Comment

owh..ade citer baru plok... dh lama x layan slot ni

With Julia said... Reply Comment

seronok..suka layan cite baru nih :)

PinKy MoMMa said... Reply Comment

alahai tak terlayan tv skarang ni..dah macam katak dibawah tempurung pn ada..asyik mendobi jer hukhukhuk..kesyadisan kan hidup kite ;p