Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pelaksanaan 'Program Integrasi 1Malaysia' bersama Air Asia, yang menyaksikan tawaran penerbangan percuma oleh syarikat penerbangan itu bagi laluan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, untuk satu tempoh tertentu.
Cara Dapatkan Tiket Percuma Air Asia 2013
Semua pengguna boleh mendapatkan tiket percuma Air Asia mulai 9 Januari 2013 bermula jam 12 tengah malam. Sila layari laman web Air Asia di http://www.airasia.com untuk maklumat lanjut. Sebanyak 10 ribu tiket akan diedarkan kepada semua rakyat Malaysia untuk menikmati tiket percuma tersebut.
Destinasi Penerbangan Percuma
Tempat duduk percuma hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Tempoh Penerbangan Percuma
Tiket percuma bagi penerbangan antara 14 Januari sehingga 4 Februari 2013
Cara Pembayaran Penerbangan
Cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api dimansuhkan.
Nota penting :
Apa tunggu lagi..jom tempah 9hb ni ye...
Tepat2 kul 12malam terpacak kat depan laptop..hahaha..
Booking jangan tak booking tapi di sah di tempat2 yang dinyatakan ye..
London tak masuk dalam list la...*eh..tetiba!!"

10 comments:
Alamak tempoh penerbangan dia tu mcm haru jer....tu waktu busy dgn program sek huhu
tempoh penerbangan tu awai benar aishhh dah la memang nak g KK
sesak dah online booking ni
ouh ini sangat ohsem! tapi kejap benar...tak sempat kot ni nak beli.. huhu
Ape lagi.cikgu...jom le sesame terpacak dpn lappy =)
Ala.... mmg tak de peluang le kita...
mesti ramai y berebut ni
laa....patot ler nak booking tiket jam..asik logout ajer
London? jap nak korek tabung. mcm tak cukup je ni. T__T
kita mampu nengok jelah..travel period tu...erkk...tercekik dibuatnya...
tak sempat nak planning apa2 pung
Post a Comment